KPS 3014 Kepimpinan dan organisasi (metodologi kajian)


KEPIMPINAN DAN ORGANISASI
METODOLOGI KAJIAN

Pendahuluan
             Metodologi kajian adalah meliputi cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang dijalankan lebih bersistematik dan perjalanan kajian lebih terarah dalam mencapai objektif. Dalam sesebuah kajian  yang dijalankan,untuk mendapatkan data yang baik, kaedah penyelidikan kajian  haruslah sempurna dan mengikut kesusuaian terhadap kajiannya. Bagi menjamin dapatan kajian yang dihasilkan dapat terjamin mutunya, mesti memastikan metod ataupun kaedah yang digunakan dalam mendapatkan data, sesuai dengan jenis penyelidikan yang dijalankan. Dengan data yang mencukupi, barulah sesebuah kajian itu dapat dijalankan dengan baik. Dengan itu, dalam kajian ini, penyelidik menggunakan dua kaedah iaitu melalui laman sesawang dan internet  serta  jurnal untuk mendapatkan dan menganalisis data dan maklumat.

 Laman Sesawang
            Berdasarkan kajian ini, penyelidik telah menggunakan sumber internet bagi mendapatkan maklumat mengenai kajian yang dijalankan ini. Antara laman sesawang yang diakses untuk mendapatkan maklumat mengenai kajian ini adalah seperti , Google, Wikipedia, dan sebagainya. Rujukan daripada sumber internet ini dapat membantu penyelidik untuk memperoleh maklumat yang lebih luas dan terkini mengenai skop kajian. Hal ini kerana segala maklumat dapat diperoleh menerusi internet tanpa had dan merentasi masa. Pengaksesan menggunakan laman sesawang ini membolehkan penyelidik untuk memperoleh maklumat mengenai kepimpinan dan organisasi di sekolah dengan lebih tepat. Segala maklumat yang diperoleh menerusi internet akan dikumpul untuk dimuatkan dalam penghasilan kerja kursus ini.

Jurnal
Penyelidik menggunakan jurnal untuk mendapatkan data dan maklumat yang berkaitan dengan gaya kepimpinan di sekolah agama kerajaaan A. Kajian daripada jurnal yang berkaitan dengan kajian ini telah diselidik oleh penyelidik bagi mendapatkan lebih banyak informasi dan maklumat-maklumat tambahan yang boleh dijadikan sebagai bahan input bagi menyempurnakan kajian ini.


PERBINCANGAN
    1.   Apakah yang gaya kepimpinan yang paling sesuai diamalkan oleh pengetua?
Pada pedapat saya, gaya kepimpinan yang paling sesuai diamalkan oleh pengetua ialah gaya kepimpinan demokratik. Ini disebabkan gaya kepimpinan demokratik lebih liberal dan memberi peluang kepada orang lain untuk mengeluaarkan pendapat serta mencapai keputusan bersama. Ini dapat menimbulkan semangat kerjasama dan kesanggupan semua pihak dalam melaksanakan sesuatu program. Walaubagaimanapun, kepimpinan yang berjaya bukan bererti kepimpinan yang berjaya mendorong stafnya membuat perubahan semata-mata, tetapi juga berjaya dalam menyelesaikan masalah secara bersama.

  2. Apakah kualiti/ ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang pemimpin/ pengetua yang berkesan dalam sesebuah organisasi?
          i. Seseorang pemimpin atau pengetua mesti mempunyai kemahiran berkomunikasi untuk membina sesebuah organisasi yang berkesan. Pengetua mesti perlu dapat  berhubung dengan setiap orang dalam berurusan dengan setiap hari. Antaranya, pengetua perlu berhubung dengan guru-guru, kakitangan sokongan, ibu bapa, pelajar, dan ahli komuniti.
                   ii.    Memilih dengan teliti perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan perancangan program pendidikan dengan bantuan guru-gurunya untuk kejayaan sekolahnya.
                   iii.   Mempunyai wawasan yang jelas.
                  iv.       Berjaya mewujudkan persekitaran pendidikan yang dinamik.

3.  Kepentingan organisasi dan kepimpinan yang baik di sekolah.
                                i.            Dapat wujudkan persekitaran yang harmoni dan aman.
                              ii.            Melancarkan proses pengajaran di sekolah.
                            iii.            Memupuk perasaan kerjasama antara semua pihak.
                            iv.            Dapat mencapai  visi dan misi yang ditetapkan.
4. Bincangkan masalah biasa yang dihadapi dalam sesebuah organisasi.
                                i.            Kehilangan tumpuan semasa sesi pengajaran.
                              ii.            Displin pelajar yang lemah.
                            iii.            Guru kurang memberi motivasi kepada pelajar.
5. Cara yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
                                i.           Mengagihkan pelajar kepada beberapa kumpulan dalam sesi perbincangan.
                            ii.            Guru boleh mengadakan pengajaran dengan cara bahan bantu megajar untuk menarik permintaan pelajar untuk belajar.

RUJUKAN



Ulasan